Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami ini. Blog ini adalah hasil tugasan yang diamanahkan kepada kami. Kami telah ditugaskan untuk membincangkan mengenai sumbangan tokoh-tokoh Islam terdahulu dalam bidang sains dan teknologi.
Entri entri di bawah adalah kupasan mengenai tokoh-tokoh yang dikenali di mata dunia iaitu Ibnu Sina dan Al-Biruni. Ibnu Sina merupakan seorang tokoh yang dikenali sebagai Bapa Perubatan Dunia manakala Al-Biruni dikenali dengan penemu teori astronomi. Sumbangan yang tokoh-tokoh ini telah membuatkan Dunia Islam berkembang maju dalam bidang teknologi dan kebudayaan. Mereka juga telah menemui pelbagai penemuan baru dalam bidang-bidang tertentu. Mari kita mengenali tokoh-tokoh ini dengan lebih mendalam melalui blog ini.
Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan.
Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina.
Beliau juga dikenali sebagai Avicenna di negara barat.
Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyukai ilmu kedoktoran dan metafizik. Apabila beliau berusia sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenali sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun.
Beliau mula dikenali ramai apabila beliau berjaya menyembuhkan penyakit Nuh Bin Mansur iaitu salah seorang pemimpin dinasti samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali.
Kerana beliau terlibat dalam permasalahan politik, beliau telah dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukan menteri.
Ibnu Sina menulis hampir 200 karya dan karya beliau yang paling terkenal adalah al-Qanun Fit Tib iaitu diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine pada hari ini. Karya Canon of Medicine ini telah menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Beliau telah meninggal dunia ketika berumur 58 pada tahun 428 Hijrah bersamaan 1039 Masihi di Hamdan.
SIFAT PERIBADI IBNU SINA Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu.
Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Beliaun terlalu cintakan ilmu sehinggakan hari hari nya hanya diisi dengan mempelajari ilmu atau melakukan perkara yang bermanfaat bagi dirinya dan orang lain, tidak larut dalam permainan dan kesia-siaan. Beliau adalah seorang pemuda yang pandai menyusun dan menggunakan waktunya dengan baik sehingga tidak terjebak dalam hal-hal yang tidak berfaedah. Hal ini demikian kerana beliau tahu bahwa tanda kebaikan Islam seseorang adalah dengan meninggalkan hal-hal yang tidak berguna bagi dirinya. Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara baiknya keislaman seseorang adalah yang selalu meninggalkan perbuatan yang tidak ada manfaatnya.” (HR. Tirmdzi)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَي كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu merupakan kewajiban atas setiap Muslim.” (HR. Ibnu Majah)
Di sebalik rajinnya seseorang dalam menuntut ilmu, ada keutamaan-keutamaan yang sangat besar untuknya. Di antara janji Allah untuk para pemuda yang rajin belajar adalah akan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Allah SWT berfirman,
“Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…” (QS. Mujadilah: 11). Bagi orang-orang yang berilmu Alloh SWT telah menjajikan kebaikan-kebaikan padanya. Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan dengannya, niscaya Allah akan menjadikannya faqih (faham) tentang agamanya.” (HR. Bukhori dan Muslim).
Bahkan puncaknya Allah SWT akan memberikan syurga bagi para pemuda muslim yang rajin belajar untuk menuntut ilmu. Disebutkan dalam hadis bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang menghendaki dunia, hendaknya dia berilmu, dan barang siapa yang menghendaki akhirat, hendaknya dia berilmu. Dan barang siapa yang menghendaki keduanya (dunia dan akhirat), maka hendaknya dia berilmu.”.
Ibnu Sina seorang yang taat beragama.
Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau juga sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
Seorang yang pintar
Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia 18 tahun.
Seorang yang berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.
Untuk mengenali Ibnu Sina secara lebih terperinci, mari kita lihat sedutan video yang di muat turun daripada youtube dibawah. Video ini adalah video yang menunjukkan lakonan semula temu bual bersama Ibnu Sina.
Al- Qanun Fit-Tibb adalah buku tulisan Ibnu Sina yang memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.
Buku Al- Qanun Fit-Tibb
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul "Remedies for the Heart" yang mengandungi sajak sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.
Penemuan pelbagai penyakit baru dan puncanya:
· Pengaruh kuman dalam penyakit.
· Jangkitan virus seperti TB.
· Penyakit berjangkit seperti cacar, rubella, alahan dan penyakit jiwa.
Penemuan dalam bidang farmasi:
· Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab dalam penyakit kronik.
· Menghasilkan ubat bius.
Membangunkan teknologi perubatan:
· Mencipta benang khusus untuk menjahid luka pembedahan.
· Mencipta picagari.
SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti Falsafah, Mantic, Matematik, Astronomi, Kimia, Fizik, Biologi, dan Sains Politik.
· Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Dominican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir.
· Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (Karya-karya Ibnu Sina).
· Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)
PENEMUAN-PENEMUAN BARU IBNU SINA
Ibnu Sina merupakan seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang perubatan. Antaranya ialah bidang geografi,geologi, kimia, koslogi, astronomi dan lain-lain. Penemuan- penemuan Ibnu Sina dapat dilihat melalui karya-karya yang ditulis oleh beliau.
1. Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."
2. Bidang Geologi, Kimia dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenaiilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan, Bapa Kimia Muslim
3. Bidang Astronomi
Bantahan Ibnu Sina terhadap pandangan Euclides, serta meragukan pandangan Aristoteles yang menyamakan bintang-bintang tak bergerak. Menurutnya, bintang-bintang yang tak bergerak tidak berada dalam satu globe.
4. Bidang Logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
5. Bidang Metafizika, "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
6. Bidang Psikologi, "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
7. Bidang Sastera Arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf”, risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
8. Bidang Syair dan Prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.
9. Bidang Politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.
KEWAFATAN IBNU SINA
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada 1 Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.
Dilahirkan di Khwarazm kini dikenali
sebagai Uzbekiztan di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi
Beliau dibesarkan dalam
keluaraga yang taat beragama.
Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi
daripada Abu Nasr Mansur.
Seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan,
penulis
ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi,
pengembara,
pakar sejarah,
ahli farmasi
dan guru yang banyak menyumbang kepada
bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains
dari Persia.
Mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya
di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku
mengenainya.
Mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac
dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia
(bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.
Berikut adalah ilustrasi video yang menceritakan perihal riwayat hidup Al Biruni.
SIFAT PERIBADI Al-Biruni seorang yang tidak suka membuang masa.
Sebagai
seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang
hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu,
beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun
Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek
Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli fizik
Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria.
Tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan
ejaan istilah perubatan yang betul.
SUMBANGAN DALAM BIDANG MATEMATIK
Sumbangannya pada bidang Matematik:
Penjumlahan
seri
Analisis
kombinatorial
Kaedah
angka 3
Bilangan
irasional
Teori
perbandingan
Definisi
Al-Jabar
Cara
pemecahan penjumlahan Al-Jabar
Geometri
Teori
Archimedes
Sudut
segitiga
SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
Dalam bidang astronomi
Beliau telah menghasilkan karya yang Kitab Al-Quran Al Mas'udi. Karya beliau membincangkan secara komprehensif dan terperinci tentang astronomi.
PENEMUAN-PENEMUAN BARU
Telah menemukan astrolobe, di mana bertujuan untuk mengetahui posisi sebuah planet. Dengan menggunakan astrolobe, posisi terdekat dan terjauh sebuah planet dan bintang-bintang dapat ditentukan.
PENCAPAIAN
Karya-karya Al-Biruni:
Ketika
berusia 17 tahun, beliau meneliti garis lintang bagi Kath, Khwarazm,
dengan menggunakan altitud maksima matahari.
Ketika
berusia 22, beliau menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian projek
peta, "Kartografi", yang termasuk metodologi untuk membuat projek
belahan bumi pada bidang datar.
Ketika
berusia 27, beliau telah menulis buku berjudul "Kronologi" yang
merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau termasuk
sebuah buku tentang astrolab, sebuah buku tentang sistem titk perpuluhan,
4 buku tentang pengkajian bintang, dan 2 buku tentang sejarah.
Beliau
membuat penelitian jejari Bumi kepada 6.339,6 kilometer (hasil ini diulang
di Barat pada abad ke 16).
DALIL
Al-Biruni menjadi saintis Islam yang awal mentafsir al-Qur’an secara perbandingan saintifik tentang kejadian alam. Di atas permintaan Sultan Mahmud Ghaznawi, al-Biruni mentafsirkan ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan sains. Sebagai contoh, ketika mentafsirkan ayat tentang kisah Zul-Qarnain dalam surah al-Kahfi, yang menceritakan bahawa Raja yang adil itu tiba di suatu tempat matahari terbenam dalam satu tasik, manakala penduduknya pula terdedah kepada sinaran matahari tanpa dapat berlindung diri sama sekali sepanjang masa. Ayat ini ditafsirkan bahawa terdapat kawasan di atas muka bumi ini yang mengalami siang selama 24 jam tanpa ada malam sama sekali. Pengembara moden mendapati tempat tersebut berlaku di kutub utara atau selatan. Ini menggambarkan kegiatan sains saintis Muslim berkait rapat dengan agama serta menjadikan al-Qur’an sebagai paksi kegiatan ilmu.
Hasil kajian astronomi terdahulu disemak kembali oleh rangkaian saintis Islam. Batlamius mencatatkan sudut kecondongan bumi sebanyak 230 51’ manakala ahli falak Hindu mencatatnya sebagai 240. Ibrahim Sinan dan Abu Jaafar al-Khazin ingin mengkaji kemungkinan kecondongan tersebut berubah sepanjang tahun. Al-Khujandi merumuskan memang benar kecondongannya berubah, dan kecondongan maksimum atau al-mail al-a`zam mencapai 230 32’ 22’’. Al-Battani turut mengukur kecondongan tersebut dan memberi nilainya 230 35’. Al-Battani turut menemui orbit bumi mengelilingi matahari bukan dalam orbit bulatan sebagaimana sangkaan, tetapi elips.
KEWAFATAN
Al-Biruni wafat ketika usia 75 tahun pada 13 Disember 1048M di Ghazna. Untuk mengenang jasanya, para astronomi mengabadikan nama beliau di kawah bulan.
Kesimpulannya, Ibnu Sina dan Al-Biruni telah memberi pelbagai sumbangan terhadap Tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Tokoh-tokoh ini mempunyai sifat peribadi yang patut kita kagumi kerana mereka seorang yang bersungguh-sungguh dalam mempelajari sesuatu ilmu. Ilmu yang dipelajari telah digunakan sebaiknya dalam menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu.
Ibnu Sina dan Al-Biruni juga merupakan seorang yang taat dalam agama. Mereka tidak pernah meninggalkan solat dan sering berdoa kepada Allah SWT agar diberi petunjuk dalam menyelesaikan masalah. Di samping itu, tokoh-tokoh ini juga tekun dalam mempelajari ilmu. Hal ini dapat dibuktikan dengan karya-karya yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh ini.
Oleh itu, kita hendaklah mencontohi sifat peribadi tokoh-tokoh ini yang bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu. Kita juga janganlah cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Sesungguhnya, Ibnu Sina dan Al-Biruni merupakan tokoh-tokoh yang patut kita ingati dan kagumi dek pencapaiannya dalam Tamadun Islam.
4)Ilmuwan muslim di bidang kedokteran ibnu sina (TRENSAINS TEBUIRENG). (2016, December 02). Retrieved April 19, 2017, from https://www.youtube.com/watch?v=wC95wN8vb7c