Sunday, April 16, 2017

AL BIRUNI





RIWAYAT HIDUP



  • Nama sebenar beliau ialah Abu Raihan Al-Biruni.
  • Dilahirkan di Khwarazm kini dikenali sebagai Uzbekiztan di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi
  • Beliau dibesarkan dalam keluaraga yang taat beragama.
  • Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur.
  • Seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia.
  • Mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya.

  • Mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.



Berikut adalah ilustrasi video yang menceritakan perihal riwayat hidup Al Biruni.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=k7_Y8JTwtZE





SIFAT PERIBADI

Al-Biruni seorang yang tidak suka membuang masa.


Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli fizik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria. Tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul. 



SUMBANGAN DALAM BIDANG MATEMATIK


Sumbangannya pada bidang Matematik:


  • Penjumlahan seri
  • Analisis kombinatorial
  • Kaedah angka 3
  • Bilangan irasional
  • Teori perbandingan
  • Definisi Al-Jabar
  • Cara pemecahan penjumlahan Al-Jabar
  • Geometri
  • Teori Archimedes
  • Sudut segitiga

SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Dalam bidang astronomi

     Beliau telah menghasilkan karya yang Kitab Al-Quran Al Mas'udi. Karya beliau membincangkan secara komprehensif dan terperinci tentang astronomi.




PENEMUAN-PENEMUAN BARU


Telah menemukan astrolobe, di mana bertujuan untuk mengetahui posisi sebuah planet. Dengan menggunakan astrolobe, posisi terdekat dan terjauh sebuah planet dan bintang-bintang dapat ditentukan.

PENCAPAIAN

Karya-karya Al-Biruni:

  • Ketika berusia 17 tahun, beliau meneliti garis lintang bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari.
  • Ketika berusia 22, beliau menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian projek peta, "Kartografi", yang termasuk metodologi untuk membuat projek belahan bumi pada bidang datar.
  • Ketika berusia 27, beliau telah menulis buku berjudul "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau termasuk sebuah buku tentang astrolab, sebuah buku tentang sistem titk perpuluhan, 4 buku tentang pengkajian bintang, dan 2 buku tentang sejarah.
  • Beliau membuat penelitian jejari Bumi kepada 6.339,6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abad ke 16).




DALIL

         Al-Biruni menjadi saintis Islam yang awal mentafsir al-Qur’an secara perbandingan saintifik tentang kejadian alam. Di atas permintaan Sultan Mahmud Ghaznawi, al-Biruni mentafsirkan ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan sains. Sebagai contoh, ketika mentafsirkan ayat tentang kisah Zul-Qarnain dalam surah al-Kahfi, yang menceritakan bahawa Raja yang adil itu tiba di suatu tempat matahari terbenam dalam satu tasik, manakala penduduknya pula terdedah kepada sinaran matahari tanpa dapat berlindung diri sama sekali sepanjang masa. Ayat ini ditafsirkan bahawa terdapat kawasan di atas muka bumi ini yang mengalami siang selama 24 jam tanpa ada malam sama sekali. Pengembara moden mendapati tempat tersebut berlaku di kutub utara atau selatan. Ini menggambarkan kegiatan sains saintis Muslim berkait rapat dengan agama serta menjadikan al-Qur’an sebagai paksi kegiatan ilmu.


        Hasil kajian astronomi terdahulu disemak kembali oleh rangkaian saintis Islam. Batlamius mencatatkan sudut kecondongan bumi sebanyak 230 51’ manakala ahli falak Hindu mencatatnya sebagai 240. Ibrahim Sinan dan Abu Jaafar al-Khazin ingin mengkaji kemungkinan kecondongan tersebut berubah sepanjang tahun. Al-Khujandi merumuskan memang benar kecondongannya berubah, dan kecondongan maksimum atau al-mail al-a`zam mencapai 230 32’ 22’’. Al-Battani turut mengukur kecondongan tersebut dan memberi nilainya 230 35’. Al-Battani turut menemui orbit bumi mengelilingi matahari bukan dalam orbit bulatan sebagaimana sangkaan, tetapi elips.




KEWAFATAN

Al-Biruni wafat ketika usia 75 tahun pada 13 Disember 1048M di Ghazna. Untuk mengenang jasanya, para astronomi mengabadikan nama beliau di kawah bulan. 

3 comments: