Sunday, April 16, 2017

IBNU SINA





RIWAYAT HIDUP
  • Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. 
  • Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. 
  • Beliau juga dikenali sebagai Avicenna di negara barat. 
  • Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyukai ilmu kedoktoran dan metafizik. Apabila beliau berusia sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenali sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. 
  • Beliau mula dikenali ramai apabila beliau berjaya menyembuhkan penyakit Nuh Bin Mansur iaitu salah seorang pemimpin dinasti samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. 
  • Kerana beliau terlibat dalam permasalahan politik, beliau telah dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukan menteri. 
  • Ibnu Sina menulis hampir 200 karya dan karya beliau yang paling terkenal adalah al-Qanun Fit Tib iaitu diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine pada hari ini. Karya Canon of Medicine ini telah menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Beliau telah meninggal dunia ketika berumur 58 pada tahun 428 Hijrah bersamaan 1039 Masihi di Hamdan. 


SIFAT PERIBADI IBNU SINA

Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu.

Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Beliaun terlalu cintakan ilmu sehinggakan hari hari nya hanya diisi dengan mempelajari ilmu atau melakukan perkara yang bermanfaat bagi dirinya dan orang lain, tidak larut dalam permainan dan kesia-siaan. Beliau adalah seorang pemuda yang pandai menyusun dan menggunakan waktunya dengan baik sehingga tidak terjebak dalam hal-hal yang tidak berfaedah. Hal ini demikian kerana beliau tahu bahwa tanda kebaikan Islam seseorang adalah dengan meninggalkan hal-hal yang tidak berguna bagi dirinya. Rasulullah SAW bersabda:


مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ المَرْءَ تَرْكَهُ مَالَا يَعْنِيْهِ


“Di antara baiknya keislaman seseorang adalah yang selalu meninggalkan perbuatan yang tidak ada manfaatnya.” (HR. Tirmdzi)


Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:



طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَي كُلِّ مُسْلِمٍ


“Menuntut ilmu merupakan kewajiban atas setiap Muslim.” (HR. Ibnu Majah)



Di sebalik rajinnya seseorang dalam menuntut ilmu, ada keutamaan-keutamaan yang sangat besar untuknya. Di antara janji Allah untuk para pemuda yang rajin belajar adalah akan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Allah SWT berfirman,


يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أُوتُواالْعِلْمَ دَرَجَاتِ، وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيْرٌ


“Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…” (QS. Mujadilah: 11). Bagi orang-orang yang berilmu Alloh SWT telah menjajikan kebaikan-kebaikan padanya. Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan dengannya, niscaya Allah akan menjadikannya faqih (faham) tentang agamanya.” (HR. Bukhori dan Muslim).


Bahkan puncaknya Allah SWT akan memberikan syurga bagi para pemuda muslim yang rajin belajar untuk menuntut ilmu. Disebutkan dalam hadis bahwa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَي الجَنَّةِ


“Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ‘ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga.” (HR. Muslim).


Imam Syafi’ Rahimahullah juga pernah berkata:


مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الْأَخِرَةِ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ


“Barang siapa yang menghendaki dunia, hendaknya dia berilmu, dan barang siapa yang menghendaki akhirat, hendaknya dia berilmu. Dan barang siapa yang menghendaki keduanya (dunia dan akhirat), maka hendaknya dia berilmu.”.



Ibnu Sina seorang yang taat beragama.

Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau juga sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.



Seorang yang pintar
Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia 18 tahun.


Seorang yang berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.


Untuk mengenali Ibnu Sina secara lebih terperinci, mari kita lihat sedutan video yang di muat turun daripada youtube dibawah. Video ini adalah video yang menunjukkan lakonan semula temu bual bersama Ibnu Sina.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=x-rqvSWsISw




SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

         Al- Qanun Fit-Tibb adalah buku tulisan Ibnu Sina yang memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.




Buku Al- Qanun Fit-Tibb


           Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul "Remedies for the Heart" yang mengandungi sajak sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.


Penemuan pelbagai penyakit baru dan puncanya:


· Pengaruh kuman dalam penyakit.

· Jangkitan virus seperti TB.

· Penyakit berjangkit seperti cacar, rubella, alahan dan penyakit jiwa.


Penemuan dalam bidang farmasi:


· Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab dalam penyakit kronik.

· Menghasilkan ubat bius.



Membangunkan teknologi perubatan:

· Mencipta benang khusus untuk menjahid luka pembedahan.

· Mencipta picagari.



SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

 Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti Falsafah, Mantic, Matematik, Astronomi, Kimia, Fizik, Biologi, dan Sains Politik.


· Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Dominican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir.


· Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (Karya-karya Ibnu Sina).


· Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)


PENEMUAN-PENEMUAN BARU IBNU SINA


     Ibnu Sina merupakan seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang perubatan. Antaranya ialah bidang geografi,geologi, kimia, koslogi, astronomi dan lain-lain. Penemuan- penemuan Ibnu Sina dapat dilihat melalui karya-karya yang ditulis oleh beliau.


1. Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."


2. Bidang Geologi, Kimia dan Kosmologi

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenaiilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan, Bapa Kimia Muslim


3. Bidang Astronomi

Bantahan Ibnu Sina terhadap pandangan Euclides, serta meragukan pandangan Aristoteles yang menyamakan bintang-bintang tak bergerak. Menurutnya, bintang-bintang yang tak bergerak tidak berada dalam satu globe.


4. Bidang Logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

5. Bidang Metafizika, "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)


6. Bidang Psikologi, "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.


7. Bidang Sastera Arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf”, risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.


8. Bidang Syair dan Prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.


9. Bidang Politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.


KEWAFATAN IBNU SINA

       Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada 1 Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.




11 comments:

  1. Subhanallah. Amat kagum dengan sumbangan dan jasa yang telah ditinggalkan oleh Ibnu Sina. Alahmdulillah perbincangan ini sangat memberi manfaat. Terima kasih. Semoga anda semua terus berjaya!

    ReplyDelete
  2. tahniah. anda telah menyusun dan menghurai fakta fakta dengan sangat menarik. syabas atas usaha kalian.

    ReplyDelete
  3. info yang diberikan mudah difahami oleh pembaca. good job ! keep it up guys :)

    ReplyDelete
  4. Tak serabut dan senang utk difahami. Alhamdulillah ilmu baru saya dpt harini

    ReplyDelete
  5. Tokoh islam yang patut dicontohi. Thankyou share ilmu ��

    ReplyDelete
  6. Good info..besar sumbangan dan jasa yg ditinggalkan..inilah tokoh yg patut dicontohi..amat bermanfaat..terima kasih,semoga korang smua terus berjaya..Ameenn

    ReplyDelete
  7. Thanks share ilmu..sgt mudah difahami dan bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Blog yang mudah difahami dan ilmu yg bermanfaat

    ReplyDelete
  9. Ibnu sina merupakan contoh tokoh yg patut kita kagumi.allahu

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah. banyak iktibar yang patt dicontohi daripada tokoh ibnu sina ini. :)

    ReplyDelete